Ibu bapa seringkali mendengar bahawa posisi tidur tertentu boleh membuat bentuk kepala bayi menjadi tidak normal. Beberapa hal memang diketahui boleh mempengaruhi bentuk kepala bayi.
Kebanyakan bayi yang baru lahir mempunyai bentuk kepala lonjong atau tidak rata terutama jika dilahirkan secara normal kerana perlu melalui jalan lahir. Dalam kes lain terjadi perubahan bentuk kepala akibat terlalu banyak menghabiskan masa di satu kedudukan.
Kepala bayi akan terlihat ada area lembut di bahagian atas yang mana tulang tengkorak belum tumbuh secara bersama-sama. Daerah ini disebut dengan fontanels (ubun-ubun) yang membantu bayi melalui jalan lahir sempit. Fontanels ini akan mengeras secara semulajadi ketika berusia 6-20 bulan.
Ukuran kepala bayi akan terus tumbuh seiring dengan bertambahnya volume otak. Tapi kerana tulang tengkorak bayi masih mudah dibentuk, maka terlalu banyak menghabiskan masa dalam satu kedudukan yang sama boleh mengakibatkan perubahan bentuk kepala bayi.
Sebelum daerah fontanels (ubun2) tersebut mengeras, maka bentuk kepala bayi masih boleh berubah-ubah, salah satu caranya adalah dengan mengubah posisi bayi seperti saat ia sedang tidur.
Bentuk kepala bayi yang paling umum adalah molding iaitu kelihatan agak lonjong jika dilihat dari atas, tapi jika dilihat dari belakang lebih rata pada satu sisi dan telinga pada sisi datar mungkin kelihatan seperti maju ke depan.
Bentuk kepala ini paling sering terjadi pada bayi yang menghabiskan sebahagian besar waktunya terlentang di katil, kerusi kereta atau kerusi bayi. Meski begitu ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk menjaga bentuk kepala bayi iaitu:
1. Mengubah arah, jika bayi sering tidur dengan posisi kepala miring ke kiri maka ubahlah ia menghadap ke kanan, jika perlu berikan ganjal di punggungnya agar lebih stabil kedudukannya.
2. Memegang kepala bayi, ketika bayi sedang terjaga cubalah untuk memegang kepalanya agar boleh membantu mengurangkan tekanan serta peganglah kepala bayi saat ia sedang makan.
3.Cubalah sesekali menengkurapkan bayi, letakkan bayi dalam kedudukan meniarap ketika bermain atau tidur tapi dengan pengawasan yang ketat terutama jika bayi belum cukup kuat menahan berat kepalanya.
4.Cubalah menjadi kreatif sehingga memberikan bayi sudut pandang baru dan tidak terpaku pada satu sisi, misalnya dengan memberikan rangsangan berupa suara atau mainan tertentu.sumber: detik.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan